Apakah Hepatitis B?
Merupakan
inflamasi pada hati disebabkan oleh virus Hepatitis B.
Hepatitis
B merupakan yang paling teruk daripada semua jenis hepatitis yang disebabkan
oleh virus. Kebarangkalian untuk mendapat komplikasi yang teruk seperti
kerosakan sel-sel hati dan mempunyai hubungkait yang rapat dengan barah hati
(melebihi 200 kali risiko daripada orang normal)
Penyebaran
Hepatitis B ?
3-5 % penduduk Malaysia adalah pembawa Hepatitis B. Kejadiannya adalah lebih
tinggi bagi komuniti orang-orang Cina. Lebih daripada 1 juta orang di seluruh
dunia mati disebabkan Hepatitis B yang kronik setiap tahun.
Bagaimana Virus Hepatitis B dijangkiti
1.Hubungan secara terus dengan darah/hasil darah yang dijangkiti
Contoh:
menerima darah/hasil darah yang dijangkiti semasa transfusi darah
luka yang disebabkan perkongsian alatan yang tajam seperti pencukur, pemotong kuku, berus gigi dan lain-lain
Jangkitan daripada alatan terinfeksi semasa melakukan akupantur, tatu, bertindik telinga.
Penggunaan jarum suntikan yang terinfeksi. Contoh : Penagih dadah.
Hemodialisis
menerima darah/hasil darah yang dijangkiti semasa transfusi darah
luka yang disebabkan perkongsian alatan yang tajam seperti pencukur, pemotong kuku, berus gigi dan lain-lain
Jangkitan daripada alatan terinfeksi semasa melakukan akupantur, tatu, bertindik telinga.
Penggunaan jarum suntikan yang terinfeksi. Contoh : Penagih dadah.
Hemodialisis
2.Melalui hubungan dengan air mani
atau bendalir vagina orang yang dijangkiti.
3.Dari ibu yang dijangkiti kepada
anak.
Hampir 90 % dari bayi yang dijangkiti adalah pembawa, 20-25 % daripadanya meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh Hepatitis B semasa dewasa.
Hampir 90 % dari bayi yang dijangkiti adalah pembawa, 20-25 % daripadanya meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh Hepatitis B semasa dewasa.
Nota:
Hubungan dengan bendalir tubuh yang lain seperti peluh, air mata, dan susu ibu
tidak lagi dapat dibuktikan boleh menjangkiti orang lain.
Tanda-Tanda Jangkitan Hepatitis B
1.Kebanyakan kes adalah tiada tanda luar biasa dan tidak dapat dikesan.
Tubuhnya akan menghasilkan imuniti terhadap virus Hepatitis B.
2.Sesetengah orang akan mengidap
tanda-tanda seperti yang dinyatakan dibawah selepas 2 - 3 bulan dijangkiti.
Bintik-bintik marah pada kulit
dan sendi
Loya/muntah
Demam
Letih yang berpanjangan
Sakit pada bahagian atas sebelah kanan abdomen
Demam kuning
Air kencing/Najis kehitaman
Loya/muntah
Demam
Letih yang berpanjangan
Sakit pada bahagian atas sebelah kanan abdomen
Demam kuning
Air kencing/Najis kehitaman
Kebanyakan
pesakit dapat sembuh dengan sendiri dan memperolehi imuniti sepanjang hayat
bagi hepatitis B. 1-2 % berkemungkinan meninggal dunia disebabkan hepatitis dan
selebihnya 5-10 % tidak memperolehi imuniti dan menjadi pembawa hepatitis B
yang kronik.
3.Sesetengah orang yang dijangkiti
tidak menunjukkan sebarang tanda/simptom dan juga tidak mendapat imuniti.
Mereka menjadi pembawa dan menjangkitinya kepada orang lain. Lebih kurang
15-25% pembawa hepatitis B berisiko mendapat penyakit hati yang teruk seperti
barah hati dan sirosis .
Perkara -perkara yang patut dilakukan bagi Pembawa Hepatitis B
1.Jangan menderma darah
2.Berkongsi benda-benda peribadi
yang boleh melukakan kulit seperti berus gigi, pencukur dan pemotong kuku.
3.Berhati-hati semasa membuang
benda-benda yang dicemari darah anda.
4.Pastikan pasangan seksual
mendapat imunisasi atau menggunakan kondom
5.Memberitahu doktor anda bahawa
anda adalah pembawa hepatitis B terutama semasa mengandung atau melakukan
pembedahan.
6.Berjumpa doktor anda secara
tetap.
7.Ujian darah sepatutnya dilakukan
6 bulan atau setahun sekali bagi mengesan keadaan hati anda
Bagaimana untuk menghalang daripada dijangkiti Hepatitis B?
Sehingga sekarang, tiada kaedah yang benar-benar berkesan bagi mengubat
hepatitis B. Walaubagaimanapun ianya dapat dihalang daripada dijangkiti dengan
mengambil vaksin hepatitis B.
Sebelum
pemberian vaksin, ujian darah perlu dilakukan bagi mengetahui status hepatitis
B. Doktor anda akan menerangkan kepada anda keputusan ujian darah tersebut,
samada anda perlukan vaksin atau sudah mempunyai imuniti atau pembawa.
sumber : http://azmijaaffar.tripod.com/pa/hepatitisB753515.html